Oct 31, 2011

SWEET TREATS

Kota Kinabalu, Tuesday -- Chocolate Cake will always be the number one favourite at my home.  I made a chocolate cake for our sweet treats.  It will  not last for long, and if you not fast enough than you will only had a piece of this cake.




Vanilla cupcake with buttercream frosting to be shared with a few friends.  Cute and yet very sweat treats with compliment with sugar-free Tea and  gossiping....what can I say...





I had an order for a birhday cake last week.  Thanks a millions for the order and hope she loves it & her son really likes transformer...





Last weekend, I made Fluffy cheesy cake for my family sweet treats. Somebody even do some possing with this simple cake....

Aug 17, 2011

Carrot Cake (Kek Karot)

Myvusak nak minta maaf banyak-banyak untuk member-member yang ada 'request' resepi Carrot Cake hari tu. Bila dah buka blog ini senanglah sikit untuk myvusak kongsikan resepi-resepi untuk semua 'member-member'. Senang je, buat kek ini. Jika tak faham, bolehlah hantar komen, myvusak akan cuba bantu ok, selamat mencuba dan merasa....

Bahan-bahannya:
 1 cawan walnut (dipanggang dan cincang kasar)
2 1/2 cawan karot (dikisar halus)
2 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu teh Baking Soda
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (Cinnamon)
4 biji telur (gred A)
1 1/2 cawan gula halus
1 cawan minyak kanola (minyak jagung pun orait juga)
2 sudu teh vanilla extract

Caranya:

Perkara pertama, perlu panaskan ketuhar/oven dan set pada suhu 180 degrees C.
Lepas tu, sediakan bekas pembakar kek, sapu dengan butter dan lapiskan dasarnya dengan kertas kek.
Satukan dalam sebuah bekas, tepung, baking soda, serbuk penaik, garam dan kayu manis.
Dalam bekas yang lain, pukul telur hingga kembang dan berkrim (1 minit).  Masukkan gula secara berkala dan pukul sehingga pekat (3-4 minit).  After that, masukkan minyak perlahan dari tepi bekas tadi diikuti dengan vanilla.  Campuran tadi dipukul lagi sehingga sebati. 
Then, masukkan walnut dan karot tadi serta digaul menggunakan spatula atau sudu kayu.
Bila dah sebati bolehlah dituang dalam bekas pembakar dan masuklah kat oven.  Bakar dalam tempoh 25 hingga 30 minit atau guna 'toothpick' cucuk di tengah kek, jika dikeluarkan bersih maka, masaklah sudah...bolehlah diangkat dan disejukkan...  bila dah sejuk bolehlah dihias dengan Lemon Cream Cheese.

MYVUSAK KITCHEN

Myvusak baru juga tukar perabot lama ke baru kat dapur, buat susun atur semula dan bersih/buang mana yang patut.  Langsir baru juga berubah warna untuk memberi wajah yang lebih luas dan terang pada dapur myvusak.  Maklumlah, dapur kecil sangat, but, jika di susun dan dikemas dengan baik, rasa sangat selesa dan dapur adalah tempat yang paling best sekali bagi myvusak.

Selepas ini, bolehlah myvusak kongsikan resepi-resepi dan apa-apa saja lah yang difikirkan ingin diceritakan. 

MYVUSAK KEMBALI DENGAN WAJAH BARU

Bermula pada hari ini Myvusak kembali dengan cara baru....new things to share with, and new things to learn together....
Jangan lupa singgah ke blog ini lebih kerap untuk new-updates...